Lorong Plaza Tol Kemuning arah timur ditutup sementara mulai Jumaat

4 Jan 2023 • 6:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 JAN: Lorong E20 Plaza Tol Kemuning Arah Timur ditutup sementara kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula Jumaat hingga Isnin ini.

Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan akan bermula pada 10 malam Jumaat hingga 6 pagi, Isnin.

Menurut kenyataan itu, penutupan dilakukan bagi pelaksanaan kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit di lorong itu demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Kesas Sdn Bhd sehubungan itu menasihatkan pengguna berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved