Lotus Emeya Ada 3 Varian: Harga RM555K - RM777K

LocalCars
16 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lotus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) secara rasmi melancarkan model Hyper-GT terbaharunya, Emeya ke pasaran tempatan.

Lotus Emeya didatangkan dalam tiga varian dimana varian asas Emeya dijual pada harga (RM RM555,000), Emeya S (RM643,000) dan Emeya R (RM777,000).

Ketiga-tiga varian ini dipacu dengan dua motor elektrik dan turut menggunakan bateri sama yang berkapasiti 102 kWj walaupun varian teratas digandingkan dengan transmisi dwi-kelajuan yang lebih tinggi berbanding dengan dua varian bawahnya.

Bagi varian asas Emeya dan Emeya S, kedua-duanya mampu menghamburkan kuasa 603 hp dan 710 Nm dimana masing-masing boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam hanya 4.2 saat.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, kelajuan maksimum pula adalah 250 km/j.

Bagaimanapun, kedua-duanya menawarkan jarak gerak yang berbeza dimana varian asas hanya boleh bergerak 610 kilometer, Emeya S (540 km) dan Emeya R (435 km).

image is not available

Namun lain pula bagi keupayaan Emeya R. Ini kerana varian teratas ini mampu menghamburkan kuasa setakat 905 hp dan tork 985 Nm.

Emeya R juga mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 2.8 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 256 km/j.

Menyentuh mengenai pengecasan, ketiga-tiganya menggunakan pengecasan pantas DC yang berkapasiti 350 kW sekali gus membolehkan Emeya mengecas baterinya semula dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa 18 minit.

image is not available

Selain itu Emeya asas dipasangkan dengan rim bersaiz 20 inci manakala dua varian lain didatangkan dengan rim 21 inci.

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian kabinnya, kesemua varian Emeya menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), terdapat sistem audio KEF berkuasa 2,160-watt dengan 23 pembesar suara, skrin bersaiz 55 inci dan turut menggunakan sistem pembatalan bunyi bersepadu atau Road Noise Cancellation (RNC).

image is not availableimage is not available

Bagi yang berminat, kesemua varian Emeya didatangkan dengan jaminan pembuat selama lima tahun / 150,000km, dan jaminan untuk bateri selama lapan tahun / 200,000km.