‘Lourdes of the East’ tarik 1,000 penganut Kristian

8 Sep 2022 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Kira-kira 1,000 penganut Kristian dari seluruh Sabah serta dari negara jiran menyertai Pelancaran Ulang Tahun Keempat Gunung Rosary, di sini, pada 31 Ogos lalu.

Antara yang menyertai perarakan sejauh 2.5km itu, dari Kg Tambiau ke Gunung Rosary di Kg Toboh Baru, ialah satu kumpulan dari Singapura.

Paderi Paroki Ranau, Rev Fr Nicholas Stephen berkata, sejak ia dibina, keajaiban telah berlaku di tapak itu yang digelar sesetengah orang sebagai “Lourdes of the East”.