“Love Line Terunggul” – ‘Monday Couple’ Tiba-Tiba Trending, Ramai Imbau Memori Song Jihyo & Gary

EntertainmentMusic
15 Apr 2024 • 4:35 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Korang ingat tak ‘Monday Couple’? Alah, pasangan ‘love line’ yang unggul semasa awal “Running Man” dahulu.

Meskipun dah 14 tahun berlalu, namun rupanya pasangan itu masih kekal popular dalam kalangan peminat dan netizen. Nak tahu sebab apa? Tiba-tiba, sedari semalam, hashtag #월요커플 (Monday Couple) telah tersenarai megah di ranking populariti X (Twitter) di Korea.

Malah ia kekal tinggi di samping beberapa topik trending yang lain seperti persembahan LE SSERAFIM di Coachella dan perjumpaan peminat sambutan ulang tahun ke-12 EXO.

Menjengah ke dalam bebenang hashtag berkenaan, sepertinya ramai yang sedang mengimbau memori mengenai pasangan sandiwara oleh Song Ji-hyo dan Kang Gary itu semasa beberapa tahun di awal “Running Man”. Malah ramai yang berharap mereka benar-benar bercinta meskipun hal itu mustahil kini, memandangkan lelaki berkenaan sudah pun berkahwin dan memiliki seorang anak kini.

image is not available

Kata peminat,

Pasangan ‘Monday Couple’ dahulu masih seronok ditonton sehingga sekarang. Kisah seminggu sekali antara pelakon wanita cantik dan penyanyi rap yang menggatal. Tapi memang mantap betul ‘love line’ mereka.

Bukan sahaja di X, bahkan perbincangan itu dibawa ke laman komuniti Korea kerana ramai terperanjat kerana hashtag itu tiba-tiba berada tinggi di tangga trending.

Ramai yang masih tak move on lagi rupanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article