Muafakat Nasional bawa Pas, UMNO tawan semula Putrajaya

Politics
6 Dec 2019 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis Muafakat Nasional merupakan medium baharu dan segar yang akan membawa Pas-UMNO kembali menawan Putrajaya.

Menurutnya, permuafakatan adalah penyelesaian kepada perpaduan dan keharmonian antara kaum dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Tegasnya, sebagai persediaan, beliau menggesa seluruh kepimpinan dan ahli UMNO pelbagai peringkat untuk melakukan inovasi politik dan gerak kerja bagi merealisasikan hasrat itu.

“​Kita wajar mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat sejajar perkembangan Revolusi Industri 4.0. ​Kita perlu ada budaya gerak kerja yang berorientasikan pencapaian terbaik dan bukan sekadar sebuah pencapaian fizikal semata-mata.

“​Kita juga harus merangka ‘story board’, ‘story line’ dan menguasai kemahiran ‘story telling’ mengenai isu yang dekat di hati rakyat dan disebarkan secara konsisten bagi menghadapi peperangan persepsi.

“Selain itu, ​kita perlu memanfaatkan penyelidikan dan ‘big data’ dalam setiap perhitungan politik tanpa mengabaikan sentuhan dan nilai manusiawi,” katanya dalam ucapan pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved