LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi, bekalan air mula disalur berperingkat

25 Dec 2022 • 3:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 25 DIS: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih beroperasi semula dan bekalan air terawat disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna mulai 2 petang tadi.

Air Selangor menerusi Facebook memaklumkan bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 27 Disember.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” maklumnya.

Semalam, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan Lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia di Negeri Sembilan.

Tumpahan 1000 liter pati minyak wangi tersebut telah menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden pencemaran bau itu menyebabkan 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved