LRT Ampang/Sri Petaling Bakal Ada Koc Wanita – Mula 31 Disember Ini

LocalPolitics
25 Dec 2024 • 2:20 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd, memaklumkan bahawa inisiatif koc wanita akan mula dilaksanakan di Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Disember ini.

Ini menjadikannya laluan ketiga Rapid Rail yang menyediakan kemudahan khas untuk wanita, selepas Laluan Kajang pada September 2023 dan Laluan Putrajaya pada April 2024.

Tingkatkan Keselesaan dan Keselamatan Wanita

image is not available

Menurut kenyataan Rapid Rail, inisiatif ini bertujuan memberi pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan selamat kepada penumpang wanita, yang merangkumi sekitar 60% daripada keseluruhan pengguna perkhidmatan rel.

Data menunjukkan bahawa sejak pengenalan koc wanita di Laluan Kajang, insiden gangguan tidak diingini menurun sebanyak 22% sehingga November lalu. Manakala di Laluan Putrajaya, kes gangguan mencatatkan penurunan ketara sebanyak 50% sejak inisiatif ini diperkenalkan pada April 2024.

Pengenalan Pelekat Merah Jambu

image is not available

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ini, sebanyak 36 stesen dan 45 tren di Laluan Ampang/Sri Petaling akan dilengkapi pelekat khas berwarna merah jambu untuk membantu penumpang mengenal pasti koc wanita. Koc khas ini akan ditempatkan di bahagian tengah tren, iaitu di koc ketiga dan keempat.

Koc yang disediakan ini boleh dimanfaatkan oleh:

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta penjaga mereka dibenarkan untuk menggunakan mana-mana gerabak tren.

Pemantauan dan Sokongan Polis Bantuan

Bagi memastikan peraturan penggunaan koc wanita dipatuhi, polis bantuan akan membuat pemantauan secara berkala.