LRT Laluan Ampang/Sri Petaling Alami Gangguan Teknikal

13 Oct 2025 • 9:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

LRT Laluan Ampang/Sri Petaling Alami Gangguan Teknikal

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling sedang mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dengan Pudu.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL memaklumkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Perkhidmatan tren alternatif yang diaktifkan melibatkan tren dari Sentul Timur yang akan berpatah balik di Pudu, tren dari Putra Heights dan Ampang akan berpatah balik di Chan Sow Lin dan tren perantara dari Chan Sow Lin ke Pudu,” menurut Rapid Rail menerusi kemas kini di Facebook.

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua penumpang.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved