Perkhidmatan LRT laluan Shah Alam telah pun dilancarkan secara rasminya pada hari ini, sekaligus memperluaskan lagi capaian pengangkutan awam yang efisien ke lebih banyak lokasi. Selari pelancaran ini, kerajaan mengumumkan perkhidmatan percuma untuk laluan LRT Shah Alam selama sebulan bermula 29 Jun 2029, 6 pagi.

Pengenalan laluan ini juga dijangka akan terus mengurangkan kesesakan jalan raya, serta pada masa yang sama menurunkan pelepasan karbon di kawasan bandar. Pada masa yang sama, projek ini juga dilihat akan membawa limpahan manfaat ekonomi kepada jutaan penduduk di sepanjang jajaran laluan berkenaan.
Selari pengenalan LRT3 Laluan Shah Alam ini, ia turut diperkukuhkan dengan pengangkutan awam lain, seperti perkhidmatan van Rapid KL On-Demand, dalam melengkapkan lagi ekosistem pengangkutan awam.
Bagi para pengguna, anda boleh menaiki LRT3 Laluan Shah Alam ini ini secara percuma bermula 29 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026, meliputi 20 stesen di Laluan Shah Alam, selain turut meliputi perjalanan percuma di 13 laluan Bas Perantara Shah Alam (tidak termasuk Rapid KL On-Demand), dan juga parkir percuma di 6 lokasi Park N Ride.






