LRT3 mampu tampung 67,000 penumpang sehari - Hasbi

LocalTravel
29 Jun 2026 • 11:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: LRT3 mampu tampung 67,000 penumpang sehari - Hasbi
Hasbi

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) atau kini dikenali sebagai Laluan Shah Alam yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia mampu menampung sehingga 67,000 penumpang sehari pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, unjuran tersebut berdasarkan data yang diperoleh Transit Aliran Massa (MRT) dengan angka itu dijangka meningkat sehingga 126,000 penumpang sehari menjelang tahun 2030.

"Kapasiti yang ada pada ketika ini ialah 223,560 bersamaan apa yang dijunjurkan pada tahun 2040.

"Projek ini ada fasa kedua iaitu untuk menambah lima stesen dan tujuh set tren. Platform yang ada sekarang (merangkumi) 22 set tren tiga gerabak," katanya dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Sementara itu, menjawab soalan asal Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai kelewatan projek LRT3, Hasbi menjelaskan, ia berikutan beberapa isu pengintegrasian sistem yang dikesan semasa ujian kritikal.

Menurutnya, ujian-ujian integrasi telah dijalankan berulang kali secara iteratif sehingga semua isu berjaya diselesaikan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna serta kelancaran operasi tren.

"Ingin dijelaskan juga bahawa tiada sebarang penambahan kos memandangkan projek ini merupakan projek kontrak harga.



"Kontraktor juga berhadapan denda lewat siap sebanyak RM2.729 juta sehari," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved