LRT3 Shah AlamTidak Boleh Beroperasi Lagi

LocalTechnology
27 Aug 2025 • 8:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam yang dijangka mula beroperasi pada 30 September ini ditunda lagi hingga hujung tahun ini memandangkan beberapa ujian perlu dilakukan.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Bagaimanapun, pihaknya akan memastikan jajaran awal LRT3 dari Klang ke Petaling Jaya akan mula beroperasi sebelum hujung tahun ini.

"Projek ini telah dipantau dengan rapi dan kami yakin ia dapat dibuka kepada orang ramai seperti yang dirancang,” katanya.

image is not available

LRT3 Shah Alam yang berkepanjangan 37.8 kilometer, menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya hingga ke Johan Setia di Klang. Laluan ini merangkumi 26 stesen termasuk Stadium Shah Alam, Pasar Besar Klang dan Seri Andalas.

image is not available

Sebaik beroperasi, LRT3 dijangka mampu membawa kira-kira 300,000 penumpang setiap hari.