LTAM Kembali ‘Meriah’, Sambut Penerbangan Pertama Dari Singapura

LocalTravel
24 Oct 2024 • 3:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

LTAM Kembali ‘Meriah’, Sambut Penerbangan Pertama Dari Singapura

Melaka dikenali merupakan sebuah negeri di Malaysia yang penuh dengan sejarah yang kaya dan budaya yang unik.

Tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO, negeri Melaka pastinya memikat hati setiap pelancong yang datang dengan seni bina kuno dan tradisi tempatan yang masih hidup hingga kini.

Sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, selebriti popular China iaitu Fan Bingbing telah dilantik sebagai Duta Pelancongan untuk menarik lebih banyak pelancong dari China dan Asia.

Di samping itu, pihak kerajaan negeri juga berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar dengan ‘memeriahkan’ semula aktiviti penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Penerbangan Scoot ke Melaka akan beroperasi lima kali seminggu

Semalam, LTAM kembali ‘meriah’ dengan kehadiran penerbangan pertama daripada syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, Scoot.

Difahamkan, penerbangan Scoot ke Melaka itu mempunyai kepentingan strategik, terutamanya dalam memperluaskan akses Melaka sebagai destinasi pelancongan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman melalui TikTok @razakrahman19, beliau memaklumkan bahawa penerbangan ini juga memudahkan pelancong dari Singapura dan negara jiran untuk menikmati keindahan bandar bersejarah ini.

Kerajaan Negeri sedang berunding dengan beberapa syarikat penerbangan lain

Tambahnya lagi, penerbangan Scoot ke Melaka akan beroperasi lima kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 23 Oktober 2024.

“Scoot juga akan menyediakan penerbangan malam pada hari-hari tertentu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang terutama bagi mereka yang memerlukan waktu perjalanan lebih fleksibel,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Kapal terbang berwarna kuning putih itu membawa 112 penumpang dari Singapura menerusi penerbangan TR 408.

Razak turut memaklumkan Kerajaan Negeri juga sedang berunding dengan beberapa syarikat penerbangan lain untuk dimasukkan ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

Video berkenaan mendapat 36.1k setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meminta @razakrahman19 untuk memperluaskan lagi rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia.

Selain itu, ada yang turut memuji usaha Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri dalam memartabatkan lagi industri pelancongan di negeri tersebut.

@razakrahman19

Selamat Datang. Mana Lagi? Melaka Ler… @Ab Rauf Yusoh #TMM2024 #VisitMelaka2024 #WTD2025

♬ Dramatic Military – Starla Music

@melakatv

9 Ogos – Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam kembali beroperasi dengan menerima penerbangan pertama daripada syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, Scoot pada 23 Oktober ini. Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selepas merasmikan Matta Fair Melaka 2024 bermula 9 hingga 11 Ogos ini di sebuah pusat beli-belah, hari ini. Tambahnya, Kerajaan Negeri juga sedang berunding dengan beberapa syarikat penerbangan lain untuk masuk ke LTAM. Aufa ‘Izzati @ab.raufyusoh LTAM LapanganTerbangAntarabangsaMelaka airportmelaka singapura Melaka VisitMelaka2024 MelakaHariIni MHI MelakaTV

♬ original sound – Melaka TV – Melaka TV

@fo.tar

Dah ada flight masuk airport Melaka yayyyyy! Terima kasih Tok @Ab Rauf Yusoh kerana merealisasikan impian orang Melaka. Harap ada lagi flight lain masuk. Kredit : @Syakir Ashari @Melaka TV @Mohd. Noor Helmy @fairulnizam_along #melaka #airportmelaka #ltam #lapanganterbangantarabangsamelaka #scootairlines #ketuamenterimelaka #pengangkutanmelaka #fypmelaka

♬ original sound – FOTAR – Fans Tok Ab Rauf Yusoh