LTAT sumbang RM75,000, ringankan beban rakyat Lubnan terkesan konflik

25 Oct 2024 • 3:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil menyumbang barangan keperluan bernilai lebih RM75,000 dalam usaha menyokong Misi Civil-Military Coordination (CIMIC) oleh Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 di Lubnan ketika ini.

Ketua Eksekutif LTAT Ashraf Radzi berkata sumbangan berbentuk barangan keperluan asas seperti beg sekolah, set alat tulis, tuala, lampin bayi, dan vitamin itu bagi membantu rakyat Lubnan yang terkesan akibat konflik yang sedang berlaku di rantau tersebut.

“Inisiatif ini mencerminkan dedikasi kami terhadap kebajikan anggota ATM serta tanggungjawab kami untuk membantu komuniti yang memerlukan terutamanya dalam situasi konflik.

“LTAT juga berbangga dapat menyumbang kepada kepada usaha kontinjen MALBATT di Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan itu telah diadakan di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Antara kumpulan syarikat LTAT yang menyumbang termasuk Boustead Holdings Berhad (Boustead), Boustead Plantation Berhad (BPlant), Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol), Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), Boustead Properties Berhad (BProp) dan Pharmaniaga Berhad.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved