LTdL: Beberapa Jalan Di Gombak Ditutup Bermula 1 Tengah Hari Esok

12 Oct 2022 • 12:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

LTdL: Beberapa jalan di Gombak ditutup bermula 1 tengah hari esok

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Beberapa jalan raya di sekitar Gombak, di sini akan ditutup bermula pukul 1 tengah hari esok, sempena perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL).

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata antara jalan yang akan ditutup sepanjang perlumbaan itu berlangsung ialah susur keluar Taman Melati ke MRR2 Batu Caves, susur keluar Shell Taman Melati, MRR2 dari arah Batu Caves hala tol Gombak dan Jalan Sungai Pusu hala ke tol Gombak.

“Semua pengguna jalan raya dinasihat untuk mengelakkan melalui jalan-jalan yang terlibat dengan perlumbaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perlumbaan LTdL peringkat ketiga akan bermula di Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands dengan pelumba dijangka tiba di sempadan daerah Gombak kira-kira pukul 3 petang dan tamat selewat-lewatnya pukul 4.15 petang.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved