
Luahan Hati Fattah Amin Untuk Fatima Tarik Perhatian, Buat Ramai Sebak
Luahan hati Fattah Amin tentang anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, nyata meruntun hati warga maya yang menonton temu bual eksklusifnya bersama pengacara Janna Nick baru-baru ini.
Menerusi temu bual tersebut, pelakon popular itu mengakui bahawa beliau tidak pernah menginginkan anaknya membesar dalam keluarga yang telah berpecah belah.
“Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi. Daddy sayangkan Fatima.
“Fatima tahu macam mana daddy sayangkan Fatima, dari lahir sehingga kini. Sepanjang kita bersama, daddy simpan semua kenangan dalam telefon.
“Walaupun sekarang ini, daddy sudah tidak lagi duduk dengan Fatima tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy,” kata Fattah.
Terus usaha jadi ayah terbaik
Fattah juga menzahirkan keinginannya untuk terus meluangkan masa berkualiti bersama anak kesayangannya itu, biarpun dalam kekangan waktu dan keadaan semasa.
“Daddy akan sentiasa cuba untuk luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin. Daddy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, kita pergi taman, beli toys dan apa sahaja yang buat Fatima gembira.
“Bila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya,” tambahnya lagi.
“Allahuakbar! Macam dia tengah cakap dengan Fatima,”
Rata-rata netizen di ruangan komen tidak dapat menahan sebak setelah mendengar kata-kata Fattah.
Malah, ramai yang mendoakan agar hubungan antara ayah dan anak ini kekal erat.
“Fatima akan tengok video ni dan dia akan faham. Fatima takkan salahkan dady atau mummy kan,”
“Terima kasih Janna kerana beri peluang pada Fattah meluahkan isi hati terhadap puterinya Fatima Aisya dalam podcast ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian di dunia dan di akhirat, aamiin Ya Rabb,”
“Semoga Fatima dengar ape yg dady sampaikan. Sebak hati Sy dengar Fattah Amin bercakap,”
Untuk info, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bergelar suami isteri pada 27 November 2017. Namun, rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Hak penjagaan penuh diberikan kepada Fazura, manakala Fattah dibenarkan untuk bermalam bersama anaknya dua kali seminggu serta melawat sebanyak tiga kali seminggu.
Sumber: Astro Gempak
The post Luahan Hati Fattah Amin Untuk Fatima Tarik Perhatian, Buat Ramai Sebak appeared first on Siakap Keli.


