Luahan hati Firmino

Football
9 Nov 2022 • 12:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Firmino

PENYERANG Liverpool, Roberto Firmino yang tidak disenaraikan dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia 2022 di Qatar pada November ini meluahkan isi hatinya apabila disisihkan dari menjayakan temasya bola sepak dunia itu.

“Terima kasih atas semua mesej yang indah. Piala Dunia adalah impian setiap pemain dan begitu juga dengan saya yang tiada berbeza.

“Semalam perkara tidak berjalan seperti yang saya bayangkan atau impikan tetapi saya melihat ke belakang dan bersyukur kepada tuhan kerana dia telah mengizinkan saya untuk menjalani impian itu serta banyak lagi sebelum ini.

“Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk memberi penghormatan dan tahniah kepada semua pemain yang dipanggil menyahut panggilan negara.

"Sejujurnya sentiasa menjadi penghormatan untuk mempertahankan negara Brazil terutamanya dengan segala kesempatan yang berikan kepada saya selama ini,” kata Firmino.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini diketepikan daripada senarai 26 pemain The Selecao, dengan bintang Arsenal Gabriel Martinelli dan penyerang Tottenham, Richarlison lebih diutamakan di Qatar 2022.

Firmino juga menjadi 'mangsa' kepada rangkaian penyerang baharu dimiliki skuad Samba - Antony, Gabriel Jesus, Martinelli, Neymar, Pedro, Raphinha, Richarlison, Rodrygo dan Vinicius Jr.

Untuk rekod, Firmino telah menjaringkan enam gol dalam 12 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, iaitu lebih banyak daripada duo Arsenal Jesus dan Martinelli, Antony dari Manchester United dan Richarlison dari Tottenham.

Firmino sebelum ini beraksi untuk Brazil pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved