Luahan Kakak Allahyarham Azza Fahmi Atas Apa Yang Terjadi Terhadap Adiknya Undang Perhatian Ramai

17 May 2024 • 6:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Allahyarham Azza Fahmi

Negara kita digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Bahru oleh seorang lelaki bersenjatakan parang awal pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan dua anggota bertugas iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut akibat ditembak dan ditetak.

Terbaru! Kakak kepada Allahyarham Azza memuat naik satu hantaran di Instagram Story meluahkan rasa sedih atas kejadian yang berlaku terhadap adiknya itu.

image is not available

Ami, kau buat kami sedih. Kenapa pergi Ami?

Al-Fatihah, terima kasih sebab jadi anak yang baik.

Bukan tu jer, kakak Azza juga berdoa agar seluruh keluarganya tabah dengan ujian ini menerusi satu hantaran lain.

Kuatkan kami sekeluarga hadapi ujian ini, Ya Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam laporan Harian Metro mengesahkan suspek kes serangan bersenjata di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.

Hasil siasatan mendapati suspek merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). Kini, pihak polis masih menyiasat motif utama serangan dan apa agenda JI yang sebenarnya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.