Luahan Pembaca: Selenggara jalan waktu puncak, susahkan pengguna

10 Aug 2026 • 8:25 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Luahan Pembaca: Selenggara jalan waktu puncak, susahkan pengguna

SAUDARA PENGARANG,

Laluan dari Dengkil menghala ke Putrajaya sememangnya dikenali antara salah satu jalan yang sesak terutama pada waktu puncak ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja seawal pukul 6 pagi.

Jalan itu menjadi tumpuan bagi mereka yang tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Kota Warisan, Dengkil, Jenderam dan kawasan sekitar termasuk Banting untuk ke tempat kerja.

Pada Khamis lalu, kira-kira pukul 6.15 pagi laluan tersebut sesak luar biasa disebabkan terdapat kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang dibuat selepas dua buat stesen minyak di laluan menghala ke Putrajaya.

Keadaan ini menyusahkan ramai pengguna kerana sebahagian daripada mereka adalah kakitangan kerajaan yang masuk kerja pukul 7 pagi.

Sepatutnya kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilakukan bukan pada waktu puncak iaitu sebelah malam dan perlu diselesaikan sebelum orang ramai mula keluar rumah ke tempat kerja.

Pihak kontraktor sepatutnya mengambil kira semua itu bagi melancarkan perjalanan kenderaan dan tidak menjadi penyebab orang ramai tiba lambat ke pejabat.

Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memantau kerja-kerja yang dilakukan pihak kontraktor berkenaan agar tidak mengganggu urusan pengguna jalan raya yang perlu melakukan urusan mereka pada awal pagi.

Jangan disebabkan kita, orang lain terpalit dengan kesusahan.

Pengguna keliru
Dengkil, Selangor

The post Luahan Pembaca: Selenggara jalan waktu puncak, susahkan pengguna appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved