Luak Sungei Ujong dinasihat terima pemberhentian Mubarak

LocalPolitics
17 Apr 2026 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Luak Sungei Ujong dinasihat terima pemberhentian Mubarak
Aminuddin Harun

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada Jumaat menasihatkan Luak Sungei Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra luak berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemberhentian itu dibuat mengikut adat Luak Sungei Ujong selaras dengan Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Menurutnya, perkara itu dibentangkan dalam sidang khas diadakan di Istana Besar Seri Menanti pada jam 10 pagi.

"Pada sidang khas itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menguatkuasakan Fasal 24 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dengan mempersilakan Ibu Soko Klana Hulu dan Waris Klana Hulu ke sidang tersebut.

"Tuanku Muhriz dan semua anggota Dewan Keadilan dan Undang telah dibentangkan 33 sebab pemberhentian Mubarak sebagai Undang Luak Sungei Ujong," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Berikutan itu, Dewan Keadilan dan Undang menasihatkan Luak Sungai Ujong menerima pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra yang dibuat mengikut adat Luak Sungai Ujong.

Untuk rekod, Mubarak dilantik sebagai Undang Luak Sungai Ujong ke-10 pada 29 Disember 1993 menggantikan Datuk Muhammad Kassim Nika Abdul Rashid yang meninggal dunia pada tahun 1983.

View Original Article