Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching

13 Feb 2023 • 4:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Nak kan fine dining di Kuching? Sini kami senaraikan

Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching. Memandangkan esok adalah hari Valentine, pasti ramai yang teringin untuk meraikan hari kekasih dengan makan malam romantik.

Jika anda berada di Kuching dan ingin mencari tempat fine dining yang sesuai untuk meraikan hari Valentine bersama pasangan, berikut adalah senarai tempat yang boleh dipertimbangkan. Teruskan membaca ya!

image is not available
Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching

1. Rume

Terbaharu, sebuah kafe iaitu Rume Dining yang memperkenalkan konsep ‘fine dining’ ini telah dibuka di Kuching. Terletak di Galacity, kafe ini berjaya menarik ramai pengunjung dan semestinya ia adaah satu tempat yang sesuai untuk anda meluangkan bersama yang tersayang.

image is not available

image is not available

Rume Dining ini turut menawarkan hidangan istimewa steak, tomahawk, dan brisket dalam menu mereka. Dengan suasana yang tenang, menu yang menarik dengan harga yang berpatutab sudah semestinya Rume Dining ini berbaloi untuk dicuba!

Untuk ketahui butiran lanjut, anda boleh baca artikel kami di sini>> Rume Dining Galacity Bawa Konsep Kafe Mewah Dengan Harga Berpatutan Untuk Warga Kuching

image is not available

2. Suasana on 18

Suasana on 18 adalah sebuah restoran fine dining yang terkenal dengan masakan mewah dan juga seni plating nya yang luar biasa. Dengan suasana yang elegan dan romantis, restoran ini menawarkan pemandangan bandar Kuching seperti pemandangan bangunan DUN yang menakjubkan pada waktu malam.

image is not available
Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching

image is not available

Menu yang ditawarkan sangat bervariasi, dari hidangan laut hingga daging lembu yang dimasak dengan sempurna. Kini mereka menawarkan promosi Hari Valentine iaitu dengan RM300 seorang anda boleh menangi baucar penginapan 2 Hari 1 Malam di Bilik Suite Astana termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Untuk ketahui lebih lanjut boleh tekan pautan di sini >> insidersclub.com.my

image is not available

3. Royal Cuisine

Terletak di Saradise, jika anda ingin membuat malam hari Valentine tahun ini lebih istimewa, maka restoran ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

image is not available

image is not available

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah Royal’s Signature Breakfast, Black Pepper Pawn Spaghetti, Pesto Chicken Panini Sandwich, Royal Full Breakfast, Smoked Salmon Egg Bun dan banyak lagi.

Untuk ketahui butiran lanjut, anda boleh baca artikel kami di sini>> Menawarkan Menu Makanan Barat, Nikmati Hidangan Premium Di Royal Cuisine Saradise

image is not available

4. Primal Steakhouse

Di Saradise, Primal Steakhouse adalah restoran steak yang terkenal dengan daging lembu premium yang dimasak dengan sempurna. Dengan suasana yang elegan dan romantis, restoran ini menawarkan hidangan western yang enak.

image is not available
Sumber: FB Wankatravel

image is not available

Menu yang ditawarkan sangat bervariasi, termasuk daging lembu, daging kambing, dan hidangan laut yang dimasak dengan sempurna. Yang fresh pun ada!

Boleh layari laman Facebook mereka untuk butiran lebih lanjut: Facebook Primal Steakhouse

image is not available
Sumber: FB Wankatravel

5. Cafe Empat Enam

Di 46 Kafe D Boyan ini menawarkan pengalaman untuk anda menikmati hidangan ala-ala fine dining di tingkat atas sambil menghayati pemandangan indah di kawasan sekitarnya. Lebih-lebih lagi anda boleh menikmati pemandangan Sungai Sarawak pada waktu malam, romantik bukan?

image is not available
Sumber: FB Ahmad Zayani Zaki

image is not available
Sumber: FB TtKamar Osman

Antara hidangan yang ditawarkan adalah hidangan western seperti spaghetti, lasagna, daging premium dan banyak lagi! Kalau lihat dari segi platingnya, memang tak kalah dengan fine dining. Sesuai untuk anda menikmati hidangan romantis bersama yang tersayang.

image is not available
Sumber: FB TtKamar Osman

Untuk ketahui butiran lanjut, anda boleh baca artikel kami di sini>> Ala-Ala Fine Dining, 46 Kafe D Boyan Ini Tawar Makanan Enak Serta Pemandangan Indah Kuching

6. Roots

Restoran ini menawarkan pengalaman fine dining yang luar biasa untuk pasangan yang ingin meluangkan masa bersama pada hari Valentine. Dengan pelayanan yang istimewa dan menu makanan yang dipersembahkan dengan perasaan yang begitu indah.

image is not available

image is not available
Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching

Sajian makanan yang disajikan di sini dipersembahkan dengan cita rasa yang luar biasa dan penampilan yang indah. Dengan bahan-bahan berkualiti, anda pasti akan terkesan dengan setiap hidangan yang anda nikmati. Boleh layari laman Facebook mereka untuk butiran lebih lanjut: Facebook Roots

image is not available
Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching

Jika anda sedang mencari restoran menawarkan set Valentine’s Day dengan harga bajet, boleh lihat di bawah: