Luang Masa Di Los Angeles, Jennie BP & G-Dragon Dikatakan Pulang Ke Korea Bersama?

Music
16 Jan 2024 • 12:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jadual Jennie dan G-Dragon yang tidak diumumkan di Amerika telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan peminat.

Pada 5 Januari yang lalu, G-Dragon telah pergi ke Amerika bagi menghadiri acara teknologi. Malah, dia turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan dia sedang ‘melepak’ dengan rakan-rakannya selepas acara itu tamat.

Menariknya, semasa G-Dragon berada di situ, Jennie turut berkongsi gambar dia berada di sebuah studio rakaman di Los Angeles. Dalam masa yang sama, gambar yang dikongsi telah mendapat perhatian ramai terutamanya kerana G-Dragon turut dilihat pergi ke sebuah studio rakaman di lokasi yang sama.

image is not available

Malah, kedua-dua penyanyi tersebut telah didapati kembali ke Korea pada hari yang sama sekaligus mencetuskan spekulasi yang mengatakan bahawa mereka pulang dalam penerbangan yang sama.

Berita mengenai kedua-dua bekas idola YG ini yang secara kebetulan mempunyai jadual di satu bandar yang sama telah menjadi perbualan ramai.

image is not available

Tambahan pula, Dispatch sebelum ini pernah mendedahkan hubungan percintaan di antara G-Dragon dan Jennie.

Sementara itu, kedua-dua penyanyi ini telah meninggalkan YG Entertainment pada Disember 2023 dan sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan album solo masing-masing pada tahun ini

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.