Luangkan Masa Berkualiti, Ini 5 Aktiviti Anda Boleh Buat Bersama Ibu Anda Sempena Hari Ibu

13 May 2023 • 11:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sudah ada plan untuk Hari Ibu ini?

Luangkan Masa Berkualiti, Ini 5 Aktiviti Anda Boleh Buat Bersama Ibu Anda Sempena Hari Ibu. Hari Ibu adalah masa untuk meraikan dan menghormati wanita luar biasa yang telah memberi kita kehidupan, kasih sayang, dan bimbingan. Sama ada ibu, nenek, ibu saudara kita sendiri atau tokoh ibu yang lain yang telah memainkan peranan penting dalam hidup kita, ini adalah peluang terbaik untuk menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan kita.

Sempena sambutan ini, anda mungkin ingin mencari aktiviti menarik yang anda ingin lakukan untuk meluangkan masa bersama ibu atau mother figure anda. Berikut adalah 5 aktiviti yang boleh anda lakukan bersama ibu anda untuk meraikan Hari Ibu ini!

image is not available
Luangkan Masa Berkualiti, Ini 5 Aktiviti Anda Boleh Buat Bersama Ibu Anda Sempena Hari Ibu

Masak hidangan istimewa

Jika anda tidak mahu keluar untuk dinner dengan ibu anda, anda boleh memilih untuk menyediakan hidangan istimewa untuknya. Untuk menjadikan hidangan itu lebih istimewa, anda boleh merancang menu terlebih dahulu dan memilih beberapa hidangan kegemaran ibu anda.

Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, pilih resipi yang anda berdua rasa menarik dan mencabar. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja mempelajari sesuatu yang baru, anda juga meluangkan masa yang berkualiti dengannya sambil melakukan sesuatu yang baharu bersama-sama.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Hadiahkan ‘Spa Day’

Spa Day memberi peluang kepada ibu anda untuk berehat dan memanjakan diri. Jika anda memutuskan untuk menempah Spa Day untuk ibu anda, anda boleh menyelidik spa tempatan di kawasan anda dan memilih satu yang menawarkan rawatan yang dia akan nikmati.

Spa Day tidak semestinya bermakna pergi berurut. Jika ibu anda bukan jenis pergi berurut, anda boleh memilih untuk pergi melakukan manicure atau pedicure, atau mungkin salun rambut untuk buat rambut baru. Walau apa pun, hari yang memberikan ibu anda memanjakan dirinya pastinya hari yang berbaloi untuk dibelanjakan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

‘Sponsor’ pergi shopping

Kalau ada bajet lebih sikit, boleh lah bawa ibu anda pergi shopping! Bawa ibu anda berbelanja di kedai kegemarannya dan bantu dia memilih beberapa pakaian atau aksesori baharu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Buat ‘outing’ ke lokasi kegemaran

Jika anda tahu tempat kegemaran ibu anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk melakukan surprise outing bersama ibu anda ke tempat tersebut. Lagipun, pergi ke tempat yang dia suka pergi adalah cara yang baik untuk dia berehat.

Contohnya, jika ibu anda suka melihat galeri dan benda bersejarah, anda boleh membawanya ke muzium. Atau jika ibu anda suka pergi ke pantai, anda boleh merancang untuk membawa ibu anda ke pantai dan juga picnic di sana bersamanya.

image is not available
Kredit: Astro Awani

Pergi hiking

Mungkin bukan yang paling sesuai untuk semua orang, tetapi jika ibu anda seorang outdoor nature lover dan telah lama teringin untuk pergi mendaki, inilah peluang anda.

Cari tempat mendaki yang anda rasa sesuai dan anda juga boleh pertimbangkan untuk buat picnic sebaik sahaja anda tiba di destinasi anda. Ibu anda pasti akan menghargai bukan sahaja alam semula jadi tetapi juga masa yang diluangkan untuk mendaki bersama!

Lagi di sini: