Luar Biasa! Busana Ala 'Beg Plastik Sampah' Aina Abdul Curi Perhatian Netizen

Women's Fashion
22 Aug 2022 • 12:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aina Abdul semasa menghadiri pertunjukan fesyen jenama Behati di KLFW 2022 - Gambar Instagram Aina Abdul

Setiap kali selebriti yang seorang ni melangkah kaki ke majlis anugerah atau fesyen, pasti ia  akan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, Aina Abdul sering tampil dengan memakai busana yang unik dan pelik. 

Terbaharu, nama Aina sekali lagi menjadi bualan ramai ketika muncul di Minggu Fesyen Kuala lumpur atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk menyaksikan pertunjukan fesyen jenama, Behati semalam.

Aina melangkah penuh yakin dan bergaya menyarung busana bersaiz gergasi berwarna hitam rekaan Kel Wen yang merupakan pemilik jenama Behati.

        View this post on Instagram                      

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Namun, busana yang digayakan Aina telah disamakan dengan plastik sampah oleh segelintir netizen yang meninggalkan komen di media sosial. 

Ada juga yang beranggapan bahawa penyanyi lagu 'Sumpah' itu suka mencari perhatian ramai dengan memakai busana yang pelik. 

Di sebalik kecaman yang diterima, masih ada yang mengagumi keberanian Aina dalam berfesyen dan tampil berbeza. 

image is not available
Antara komen netizen di media sosial

Mereka juga memuji biarpun Aina tampil dengan fesyen pelik, tetapi masih menutup ke semua auratnya sebagai seorang wanita. 

Kata mereka lagi, hanya Aina selebriti yang betul-betul berani meraikan fesyen sebegitu berbanding memilih busana yang ringkas dan selamat. 

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua pereka fesyen yang terlibat dalam KLFW tahun ini. Semoga industri fesyen Malaysia terus berkembang maju dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. - Getaran, 22 Ogos 2022