
Luar Biasa Panas, Suhu Di New Delhi India Cecah 52.3 Darjah Celcius
Ibu negara India, New Delhi dilapor merekodkan suhu harian tertinggi dalam sejarah negara berkenaan pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
“Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi mencatatkan suhu setinggi 52.3 darjah celcius pada Rabu. Ia adalah rekod tertinggi pernah dicatatkan di bandar ini,” kata jurucakap Jabatan Meteorologikal India, Kuldeep Srivastava.
Beberapa bandar lain di negara itu juga turut mencatatkan suhu tinggi sehingga mencecah 49 darjah celcius dengan bandar Churu mencecah 50.5 darjah celcius.
Suhu di New Delhi cecah 52.3 darjah celcius, gelombang haba dari Rajasthan antara punca
Sementara itu, Srivastava turut menjelaskan punca disebalik peningkatan suhu ini disebabkan oleh gelombang haba yang datang dari Rajasthan.
“Sebahagian daripada Delhi turut terdedah kepada gelombang haba ini yang memburukkan lagi keadaan cuaca yang sudah teruk.
“Kawasan seperti Mungeshpur, Narela dan Najafgarh merupakan kawasan pertama mengalami gelombang haba ini,” katanya seperti yang dilaporkan dalam NDTV.com.
Menurut portal berita itu lagi, suhu yang dicatatkan adalah sembilan darjah lebih tinggi daripada suhu jangkaan. Malah, ia juga memecahkan rekod gelombang haba pada tahun 2002 iaitu 49.2 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi India telah mengeluarkan notis kesihatan amaran merah
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi India turut mengeluarkan notis kesihatan amaran merah kepada penduduk tempatan mengenai kebarangkalian mendapat strok haba dalam semua peringkat umur adalah sangat tinggi.
Menurut NDTV.com lagi, para penyelidikan mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih kerap dan lebih teruk.
Kawasan Rajasthan mencatat suhu maksimum 51 darjah Celsius diikuti bandar Phalodi yang mencapai 50.8 darjah Celsius, manakala bandar Sirsa di Haryana mencatatkan 50.3 darjah Celsius.
Penurunan sehingga 4 darjah Celsius di daerah selatan Rajasthan telah direkodkan hari ini susulan pembawakan angin lembap dari Laut Arab yang menunjukkan mengurangkan gelombang haba di barat laut India.
Sumber: NDTV.com, Agensi Anadolu
The post Luar Biasa Panas, Suhu Di New Delhi India Cecah 52.3 Darjah Celcius appeared first on Siakap Keli.



