Luas bakal lakar sejarah tawan Gunung Kinabalu sempena ulang tahun ke-25

31 Jan 2024 • 11:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 31 JAN: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bakal melakar sejarah menerusi misi pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu pada Jumaat ini.

Agensi itu memaklumkan ekspedisi membabitkan dua kakitangan bersama lapan peserta lain itu sempena ulang tahun Luas ke-25.

“Misi pendakian ini merupakan misi kali pertama dan julung kali Luas untuk menawan puncak tertinggi Asia Tenggara itu.

“Pendakian Gunung Kinabalu berketinggian 4,095.2 meter ini akan dilakukan oleh kakitangan Luas Mohd Noh Mohd Yusoff dan Muhamad Suriadi Mohd Atkhar,” katanya menerusi Facebook.

image is not available

Menurut Luas, peserta dijadual memulakan pendakian Jumaat ini dan akan tiba di puncak Gunung Kinabalu pada keesokan harinya bersama bendera agensi itu.

“Didoakan misi ini berjaya dan dipermudahkan segala urusan pendakian. Ia akan menjadi salah satu kejayaan yang manis dalam menerjah usia Luas yang ke-25 tahun,” katanya.