Lubang Benam Ambil Masa 2 Bulan Untuk Baiki, - JKR

LocalEnvironment
18 Dec 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerja-kerja baik pulih laluan di Kilometer (KM) 78 Jalan Gua Musang-Lojing yang mendap berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, dekat Gua Musang dijangka mengambil masa dua bulan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan, Ir Nik Soh Yaacoub berkata, sehingga kini, laluan berkenaan masih ditutup dan kerja-kerja baik pulih belum dapat dilakukan.

"Kerja-kerja baik pulih hanya boleh dilakukan apabila cuaca kembali baik dan kita jangkakan kerja-kerja baik pulih itu mengambil masa selama dua bulan.

image is not available

"Pada masa sama, lencongan di laluan berkenaan tidak dapat dilakukan berikutan tanah di kawasan terbabit lembut dan ia membahayakan sekiranya membuat jalan lencongan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, laluan di Kilometer (KM) 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan berlaku jalan mendap, Khamis lalu.