Lubang Benam Sedalam 1 Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA, Punca Belum Dikenal Pasti

LocalEnvironment
25 Sep 2024 • 3:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Satu kejadian tidak diingini berlaku apabila sebuah lubang benam dikesan berhampiran laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Memetik laporan Astro Awani, lubang benam yang ditemui pada pagi hari ini (25 September) dianggarkan berkedalaman satu meter dengan lebar 5.4 meter serta panjangnya lebih empat meter.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang, jalan di sekitar lubang tersebut masih boleh digunakan. Namun, lokasi berhampiran lubang benam itu sudah ditutup dengan pita merah berjalur putih dan kon.

image is not available
Sumber: Astro Awani


JKR Syak Lubang Benam Ini Berlaku Kerana Kebocoran Paip

Susulan kejadian itu, pihak JKR mengesyaki bahawa kebocoran paip di lurang kumbahan berkemungkinan menjadi punca berlakunya lubang benam tersebut.

Walau bagaimanapun, punca sebenar masih dalam siasatan.

image is not available
Sumber: Astro Awani

Berikutan itu, laporan telah diberikan kepada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi melakukan proses pemantauan dan pemeriksaan.

“JKR telah melakukan beberapa tindakan seperti melaporkan kejadian kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). JKR juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak MAHB.

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB,” jelas JKR.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh MAHB berhubung kejadian yang berlaku.

Source: