Lubang misteri cetus tanda tanya di planet Marikh

WorldSpace
12 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lubang misteri  cetus tanda tanya di planet Marikh

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah me­nemukan siri lubang misteri yang terbentuk pada permukaan planet Marikh.

Kumpulan penyelidik mengesan struktur pelik itu semasa kenderaan penjelajah Curiosity membuat perjalanan perlahan merentasi Valle Grande, sebuah lembah luas yang merentasi kawasan Mount Sharp di planet berkenaan.

Para saintis memaklumkan bahawa mereka masih tidak mempunyai jawapan bagaimana lubang-lubang khusus ini boleh terbentuk.

Lubang-lubang yang ber­taburan di atas batuan asas Valle Grande itu bersaiz lebar dan amat berbeza berbanding apa jua struktur yang pernah dilihat sebelum ini.

Timbalan Penyelidik Utama Mars Hand Lens Imager (MAHLI), Dr. Michelle Minitti menerusi satu hantaran blog me­nyatakan bahawa Marikh terus memberikan kejutan selepas 14 tahun kenderaan penjelajah Curiosity beroperasi di permukaan planet itu.

“Penemuan ini merupakan satu teka-teki baharu yang dialu-alukan dalam memahami proses yang telah mempe­ngaruhi bahagian batuan khusus ini.

“Lubang-lubang ditemukan minggu ini jauh lebih luas dan cetek berbanding kesan dijum­pai sebelum ini dan tidak disertai objek jelas yang pernah berada di dalam lubang berkenaan,” kata Minitti

Sama ada di bumi mahupun di Marikh, lubang-lubang kecil yang terhakis pada batuan asas merupakan penemuan agak biasa. Struktur sedemikian biasa­nya terbentuk apabila batu kecil yang keras atau serakan bahan asing tersangkut di dalam lapisan batuan yang lebih lembut.

Bagaimanapun, para ­saintis NASA buntu apabila mereka tidak menemui sebarang tanda biasa daripada proses fizikal yang lazim itu.

Kenderaan penjelajah Curiosity telah diarah untuk menggunakan Mars Hand MAHLI bagi merakam gambar lubang-lubang berkenaan dari jarak dekat.

Menerusi masa yang sama, kamera Mastcam mengambil siri gambar bertindih bagi kawasan rupa bumi di sekelilingnya.

Hasil gabungan gambar-gambar itu akan membolehkan para saintis menghasilkan peta tiga dimensi lengkap bagi kawah berkenaan, sekali gus mengukur bentuk serta kedalaman struktur misteri tersebut. 

Kawah Gale di planet itu dipercayai terbentuk kira-kira tiga bilion tahun lalu apabila asteroid gergasi menghentam permukaan Marikh.

Sementara itu, di tengah-te­ngahnya terletak Gunung Sharp, yang setinggi kira-kira 5.5 kilometer dari dasar Kawah Gale. – AGENSI

 

The post Lubang misteri cetus tanda tanya di planet Marikh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved