
Penemuan lubang ozon di Antartika pada tahun 1985 menerima liputan global dengan ia dilihat sebagai salah satu bukti manusia merosakkan dunia yang didiaminya sendiri. Saintis pada waktu tersebut menyalahkan gas klorofluorokarbon (CFC-11) yang menyebabkan kemusnahan lapisan ozon.

Tetapi kajian terkini daripada sekumpulan saintis dari MIT mendapati lubang ozon sebenarnya sudah wujud seawal 1957. Pada waktu tersebut saintis tidak mengesannya kerana kekangan teknologi. Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences dengan lubang disebabkan oleh penggunaan karbon tetraklorida. Bahan kimia ini digunakan sebagai bahan penyahgris serta untuk melakukan cucian kering sejak 1930an.
Penemuan lubang ozon yang besar di Antartika merisaukan saintis sehingga negara-negara utama dunia memeterai Protokol Montreal pada tahun 1989 untuk menghentikan penggunaan CFC-11. CFC digunakan dengan meluas dalam alatan penyejukan seperti peti sejuk dan penyaman udara serta dalam tin aerosol seperti racun serangga. Selepas digantikan dengan HFC dan HFO, saintis meramalkan lubang ozon akan pulih semula menjelang 2066.
Sumber – EurekaAlert, PNAS
