Lubnan berkabung tiga hari atas kematian Hassan Nasrallah

29 Sep 2024 • 2:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BEIRUT, 29 SEPT: Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati pada Sabtu mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara selama tiga hari susulan pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah yang mencetuskan kebimbangan terhadap konflik lebih meluas di rantau itu, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat Mikati dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bendera akan dikibarkan separuh tiang di semua jabatan kerajaan, institusi awam dan majlis perbandaran.

Kenyataan itu turut memaklumkan pejabat awam akan ditutup pada hari pengebumian Nasrallah. Bagaimanapun, Hizbullah belum mengumumkan tarikh pengebumian itu.

Tentera Israel memulakan serangan udara berskala besar di Lubnan awal minggu ini, membunuh ratusan orang dan memindahkan ribuan penduduk. Ketegangan semakin memuncak selepas tentera rejim membunuh Nasrallah dan beberapa komander lain di Beirut pada Jumaat. Tentera Israel terus mengebom beberapa bahagian ibu kota Lubnan pada Sabtu.

-BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved