Lucinta Luna Dilamar Kekasih, Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

Entertainment
20 Jun 2023 • 12:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Nama selebriti Indonesia, Luncinta Luna sering menjadi bualan hangat netizen kerana sering membuat pembedahan plastik demi berubah dirinya seorang wanita cantik walaupun mengetahui dirinya adalah seorang lelaki.

Namun begitu, baru-baru ini Lucinta sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia dikatakan telah dilamar oleh seorang lelaki barat pada ulang tahun kelahirannya yang ke 34 tahun.

Dalam perkongsian tersebut, Lucinta telah menyambut hari jadinya bersama teman lelaki dan rakan-rakan di Thailand dalam sebuah majlis yang penuh dengan suasana romantik.

Bukan itu sahaja, Lucinta telah memberi jawapan setuju selepas menerima sebentuk cincin daripada kekasihnya sebagai tanda lamaran.

Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya mengenai status Luna bersama kekasihnya yang dikatakan akan berkahwin tidak lama lagi.

image is not available

Ramai pelik dengan Lucinta

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dengan Lucinta yang dikatakan mahu berkahwin dengan lelaki tersebut memandangkan mereka mempunyai jantina yang sama.

image is not available image is not available image is not available

Semoga bahagia

Pun begitu, ada yang mendoakan agar Lucinta bahagia bersama kekasih dan ada yang berseloroh berharap mereka mempunyai anak yang comel.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Lucinta Luna