Seorang pengurus jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan termasuk melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis serta menghina agama Islam dalam kejadian yang tular di media sosial hujung tahun lalu.
Tertuduh, Teoh Siew Li, 35, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.
Kejadian dipercayai berlaku di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah. Tiada info tarikh kejadian. #trendingnewsmalaysia #fyp #marahpolis #ludah #polis
Tiga pertuduhan berkaitan insiden tular
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meludah ke arah Lans Koperal Jelnazir Helman dengan niat menghalang penjawat awam itu menjalankan tugas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis berkenaan dengan menunjukkan isyarat jari tengah, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Baca juga:
Sementara itu, pertuduhan ketiga menyaksikan tertuduh didakwa dengan sengaja melukakan perasaan anggota polis beragama Islam dengan mengeluarkan perkataan menghina agama, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Semua kesalahan itu didakwa berlaku di hadapan sebuah syarikat di Jalan Perusahaan 2, Taman Bandar Baru Mergong, pada jam 12 tengah hari, 31 Disember lalu.
Mahkamah tetapkan jaminan RM12,000
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pihak pendakwaan memohon jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, mengambil kira kes berkenaan menjadi perhatian awam selepas video kejadian tular dengan lebih 500 perkongsian di media sosial.
Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan dikurangkan dengan alasan bergaji RM6,000 sebulan serta menanggung ibu, adik dan adik iparnya selepas kematian bapa.
Mahkamah akhirnya menetapkan jaminan keseluruhan RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 20 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes, serahan dokumen serta pelantikan peguam.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita tempatan dipercayai bertindak agresif, memaki hamun serta menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis di kawasan Mergong, dengan rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Sumber: Harian Metro
The post Ludah polis, hina agama Islam, pengurus jualan mengaku tidak bersalah appeared first on The Reporter.



