Lufya Omar Dedah Individu Dera Alia Dikenali Sebagai Myra, Pernah Alami Depresi

Entertainment
22 Jul 2022 • 9:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pagi tadi tular satu video memaparkan seorang wanita bertindak mendera seorang kanak-kanak dengan menggunakan sebatang penyapu ketika makan.

Video yang tular itu membuatkan ramai pihak geram melihat tindakan wanita itu yang mendera kanak-kanak terbabit sehingga menangis teresak-esak. Kurang ajar betul!

Perkara ini pasti membuatkan ramai yang nak tahu siapa sebenarnya wanita tersebut kan? Menurut laporan mStar, pelakon Lufya Omar mendedahkan bahawa individu tersebut dikenali sebagai Myra, pernah berkongsi masalah dengannnya dan mengalami depresi.

Saya kenal Myra kerana dia pernah tawarkan kepada saya untuk mempromosikan produk. Namun saya tidak bersetuju kerana ada beberapa komitmen lain sebelum ini.

Dia pernah mendedahkan masalah tekanan yang dialami. Saya boleh katakan itu adalah satu ujian kepada dia dan sepatutnya dia tidak boleh berjanji manis dalam perniagaan.

Takkan sebab tertekan, kau nak lepaskan semua dekat kanak-kanak betul tak? Tak patut! Ada yang mengatakan wanita berkenaan merupakan seorang pengasas produk kosmetik, korang tahu ke?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved