Luis Garcia dilantik Ketua Pegawai Eksekutif JDT

LocalFootball
21 Mar 2025 • 4:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Garcia bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT semasa menerima watikah pelantikan pada Jumaat. Foto: Johor Southern Tigers.

GERGASI Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melantik pemenang Liga Juara-Juara dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Selatan berkuat kuasa 1 April.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, pelantikan Garcia berikutan penstrukturan bagi mengukuhkan dan memaksimumkan kepakaran pengurusan kelab dari selatan tanah air tersebut.

Jelas JST, bekas pemain Barcelona, ​​Liverpool dan Atletico Madrid itu juga merupakan pemegang Lesen Pro Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk Pemain Antarabangsa selain peranannya selaku duta untuk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), UEFA dan LaLiga.

"Penstrukturan semula itu juga melihatkan Alistair Edwards kini menggalas dua peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab.

"Jawatan yang pernah disandang Alistair Edwards, bekas legenda antarabangsa Australia dan Johor dari 2017 hingga 2022, yang mana beliau melakarkan pembangunan belia dan membentuk kejayaan Akademi JDT," menurut laman itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved