Luka Di Muka Cik Epal Akibat Dicakar Dewi Semakin Teruk Sampai Doktor Pun Terkejut

LocalBeauty
15 May 2025 • 11:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Cik Epal

Insiden melibatkan pempengaruh terkenal, Cik Epal yang didakwa dicakar oleh isteri baru bekas suaminya, Emira Delyati Dewi, kembali menjadi tumpuan selepas foto terkini wajahnya mula tular.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads oleh pengguna @mei_mayq7, dapat dilihat bahagian pipi kiri Cik Epal kelihatan membengkak dan mengalami luka yang semakin teruk.

Weh, kesiannya Cik Epal.

Muka bengkak, luka lagi, baru nampak.

Doktor pun terkejut tengok keadaan luka Cik Epal

image is not available

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Raihana, yang mengakui terkejut melihat luka Cik Epal.

Saya tak sangka akan jadi seteruk ini, ya Allah.

Menurutnya, luka seperti itu akan mengambil masa untuk sembuh, namun beliau tetap memuji kecantikan dalaman dan kekuatan Cik Epal.

Cik Epal tetap sangat cantik luar dan dalam.

Ada netizen yang sokong, ada yang ragu sebelum ini

image is not available

Sebelum ini, ada yang mempersoalkan kesahihan kecederaan Cik Epal. Ini berikutan perbezaan ketara wajahnya dengan gambar yang dimuat naik oleh Jofliam, bekas suami Cik Epal.

Jadi dah terbukti yang luka itu memang betul dan sekarang ni nampak lebih teruk. Semoga cepat sembuh Cik Epal.

Pssttt! Dalam apa jua konflik, elakkan keganasan fizikal. Kesakitan luaran mungkin sembuh, tapi luka emosi kekal dalam. Hormati ruang dan hak masing-masing.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.