Luka Teruk Bahagian Kepala, Lelaki Pukul Teman Wanita Kini Diburu Polis Di Kuching

23 Sep 2022 • 1:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

#TriggerWarning. Kejadian berlaku di Batu Kawa

Luka Teruk Bahagian Kepala, Lelaki Pukul Teman Wanita Kini Diburu Polis Di Kuching. Telah dilaporkan melalui satu berita tempatan bahawa seorang lelaki warga tempatan kini diburu oleh pihak polis atas kesalahan menganiaya teman wanitanya dengan kejam.

Menerusi laporan berita tempatan, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengatakan bahawa mereka sudah menerima laporan tersebut dan kini sedang mengesan keberadaan suspek.

image is not available
Luka Teruk Bahagian Kepala, Lelaki Pukul Teman Wanita Kini Diburu Polis Di Kuching. Gambar sekadar hiasan

Mangsa mengalami luka teruk di bahagian kepala

Sebelum itu, telah tular di laman Facebook terdapat satu perkongsian milik Eyjo Lim kir-kira pukul 10.32 pagi semalam. Eyjo turut memuat naik dua rakaman video dimana mangsa mengalami luka parah di bahagian kepala.

Difahamkan bahawa suspek tersebut, Akhiong, berbangsa Cina campur Iban dan berasal dari Bau Tasik Biru. Dan kenderaan milik suspek adalah Waja berwarna perak OKP 5001.

image is not available
Sumber: Facebook

Suspek berang mangsa minta putus hubungan

Difahamkan berlakunya penganiayaan terhadap mangsa kerana suspek bengang terhadap mangsa yang meminta untuk memutuskan hubungan. Kejadian berlaku di rumah mangsa di Batu Kawa, Kuching.

Mangsa yang berasal dari Indonesia mengalami luka teruk di bahagian kepala, jari kiri hancur dan di bahagian badan terdapat kesan lebam yang banyak. Difahamkan melalui perkongsian tersebut, mangsa telah didera menggunakan sebatang besi.

image is not available
Sumber: FB Eyjo Lim

https://www.facebook.com/eyjo.lim/posts/pfbid0DzMKHYKYqua4qUV4JVxUUkvNtTqPdMexMySX4HGu7GnAvC6avX8BWXgZw1t7oqaml

Mangsa kini telah dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Perkongsian tersebut telah menerima sebanyak 2.4K kongsi di laman Facebook. Eyjo meminta orang ramai untuk mencari lelaki tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis. Menerima laporan tersebut, pihak polis kini aktif mengesan suspek tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Lagi info semasa, anda boleh baca pautan di bawah: