Lukaku cedera lagi

Football
1 Nov 2022 • 9:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lukaku. Foto: Agensi

PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku mengalami kecederaan hamstring sekali lagi apabila membuat kemunculan semula selepas dua bulan di luar padang, kata kelab Serie A itu pada Isnin, tiga minggu sebelum Piala Dunia 2022 bermula di Qatar.

Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter dari kuasa bola sepak Inggeris, Chelsea kembali beraksi dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara minggu lalu menentang kelab Viktoria Plzen - di mana dia menjaringkan gol - dan bermain dalam Serie A hujung minggu dengan Sampdoria, berada di atas padang selama 29 minit sepanjang kedua-dua perlawanan.

"Pagi ini, Romelu Lukaku menjalani ujian di Institut Kemanusiaan di Rozzano. Mereka mendedahkan bahawa pemain Belgium itu mengalami ketegangan myotendinous di hamstring kirinya.

“Keadaan beliau akan dinilai semula dalam beberapa hari lagi,” kata Inter dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Lukaku adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium dengan 68 gol dalam 102 penampilan.

Namun kecederaan buku lali menjelang penghujung musim lalu, selain masalah hamstring menghalangnya daripada bermain dalam lima daripada enam perlawanan Liga Negara-Negara mereka ketika Belgium terlepas tempat di pusingan akhir.

Belgium, yang berstatus ranking kedua dunia, berada dalam Kumpulan F Qatar 2022, memulakan kempen menentang Kanada pada 27 November, diikuti Maghribi dan naib juara 2018 Croatia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved