Lukisan CAD iPhone 15 Pro Menunjukkan Perubahan Besar Pada Butang Fizikal

TechnologyDigital
21 Mar 2023 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kita sudah menghampiri penghujung bulan Mac dan tinggal enam bulan sahaja lagi sebelum iPhone baharu dilancarkan. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai siri iPhone 15 tahun ini termasuk ura-ura model Ultra yang tahan lasak akan diperkenalkan buat pertama kali.

image is not available

Di China lukisan CAD untuk iPhone 15 dan iPhone 15 Pro telah tertiris lagi kali ini dengan beberapa sudut yang lebih jelas. Ia mengesahkan model asas iPhone 15 akan berubah ke sistem Dynamic Island tanpa takuk pada skrin. Tetapi perubahan kecil yang agak penting dapat dilihat pada iPhone 15 Pro dimana butang bisu pada sisi kiri kini kelihatan berbeza. Tiada lagi suis laras biasa tetapi digantikan dengan satu butang besar tanpa suis.

image is not available

Dua butang laras audio yang digunakan sejak versi pertama iPhone turut diubah menjadi satu suis memanjang seperti yang digunakan pada peranti Android. Mengapa perubahan ini dilakukan masih lagi misteri pada waktu ini.