Lukisan medium sebar kasih sayang

5 Sep 2026 • 11:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lukisan medium sebar kasih sayang

KUALA LUMPUR – Program membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui lukisan yang dilakukan sebuah NGO sejak sembilan tahun lalu berjaya mengumpul dana hampir RM1 juta selain menarik minat 5,000 pelukis muda menyertainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Artivo School Of Creativity, Ainsley Tiew berkata, pameran terbaharu Seni Amal Little Hearts of Tomorrow 2026 di Taman Tun Dr. Ismail di sini baru-baru ini mengumpul 1,500 kanak-kanak dari seluruh negara mencorakkan kanvas untuk mengumpul dana.

Katanya, karya seni yang dijual digunakan untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu rakan sebaya yang berdepan kesusahan, penyakit dan kekurangan fizikal.

“Program sejak 2018 itu menarik penyertaan lebih 5,000 artis muda dan berjaya mengumpul lebih RM870,000 untuk menyokong kanak-kanak kurang bernasib baik serta pelbagai usaha kebajikan.

“Dana disalurkan melalui Dreams Series kepada mereka yang menghidap kanser, berkeperluan khas, keluarga B40, rumah kebajikan serta pelbagai inisiatif pendidikan, kesedaran kesihatan dan perkembangan kanak-kanak,” katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Seksyen Koleksi dan Pemuliharaan, Balai Seni Negara, Tan Hui Koon yang mewakili Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menurut Ainsley, selain mengumpul dana danmencungkil bakat, program itu menjadi medium harapan, kasih sayang dan perubahan positif kepada orang lain.

Pada program itu, Artivo turut menerima sumbangan 30 komputer riba bagi menyokong keperluan pendidikan kanak-kanak.

Pameran berkenaan akan diteruskan ke Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang bagi memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak mengembangkan kreativiti menerusi seni.

The post Lukisan medium sebar kasih sayang appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved