Lukisan mural tarikan baharu Jelebu

30 Jun 2023 • 4:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lukisan mural yang telah siap di salah satu lokasi di Jelebu.

image is not available
Lukisan mural yang telah siap di salah satu lokasi di Jelebu.

JELEBU - Lukisan mural yang mengetengahkan identiti biodiversiti, eko-pelancongan,adat dan budaya daerah ini bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di sini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu (MDJ), Abdul Rahim A Aziz berkata, ia merupakan program di bawah Local Agenda 21 melalui Program Mural dan Street Art Kuala Klawang bertujuan untuk mencantikkan serta mengimarahkan bandar Kuala Klawang.

"MDJ mendapatkan khidmat Persatuan Pelukis Negeri Sembilan selain pegawai dan kakitangan MDJ bagi menghasilkan lukisan mural dengan kos RM18,000.

"Lukisan mural itu berada di lokasi strategik kerana akan memberi impak kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut antaranya kawasan yang mempunyai laluan pejalan kaki. Dalam masa sama tidak mengganggu kelancaran trafik di lokasi itu," katanya.

Katanya, lukisan itu memaparkan keunikan dan keistimewaan Jelebu dengan pelbagai flora dan fauna, jeram serta sungai yang masih terpelihara keadaan semula jadinya termasuklah pelbagai aktiviti tradisional seperti mengemping padi yang masih diamalkan.

**media[2249130]**

"Justeru terhasilah Mural Pesona Jelebu dan berharap ia menjadi daya tarikan baharu di Kuala Klawang ini," katanya.

Katanya, MDJ akan menambah lagi lukisan mural pada masa akan datang dengan tema berlainan namun masih menonjolkan identiti daerah Jelebu seperti warisan,bukit -bukau dan aktiviti yang dijalankan di daerah ini.

"Selain program mural dan street art Kuala Klawang, program pembersihan dan pengindahan Wording Monumen, pengindahan Bukit Tajali dan pengindahan Dataran Simpang Pertang antara yang dilaksanakan menerusi Local Agenda 21.

"Peruntukan diperolehi daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selain membabitkan penglibatan daripada agensi -agensi kerajaan di Jelebu, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved