Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri

26 Aug 2022 • 5:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di Taman Jelita, Taman Tunku, Miri

Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri. Biarpun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa bagi memberi kesedaran tentang bahaya lumba haram, namun isu mat rempit di negara ini bagaikan tiada kesudahan sejak sekian lama.

Baru-baru ini telah tular di laman Facebook, berlakunya kemalangan motosikal yang ngeri di Taman Jelita di Miri.

image is not available
Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri. Sumber: FB Calvin Sheikh

Kasihan, orang lain pula jadi mangsa lumba haram

Perkongsian video milik Calvin Sheikh, menampakkan sekumpulan mat rempit tunjuk hebat membuat lumba haram di atas jalan raya, tanpa menggunakan topi keledar.

Membawa motosikal dengan laju tanpa hiraukan sekeliling, salah seorang daripada penunggang motosikal tersebut hilang kawalan, lalu melanggar penunggang motosikal yang lain hingga menyebabkan kemalangan yang ngeri.

Perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 690 kali kongsi, 26K kali tontonan.

image is not available
Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri. Sumber: FB Calvin Sheikh

Takziah buat keluarga si mangsa

Dilihat dari perkongsian video tersebut, dua remaja perempuan dilihat membawa motosikal secara perlahan (jalan-jalan) di kawasan tersebut, lalu dirempuh oleh seorang mat rempit. Lebih ngilu, walaupun dua perempuan tersebut dilihat terbaring di atas jalan lalu dilanggar lagi oleh mat rempit di belakang.

Menerusi ruangan komen, difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa lepas (23 Ogos 2022). Memilukan apabila salah seorang daripada mangsa tersebut telah meninggal dunia di hospital berdekatan.

Walau bagaimanapun, nasib mat rempit tersebut masih belum diketahui lagi.

Lihat reaksi netizen di bawah:

image is not available
Sumber: FB Calvin Sheikh

image is not available
Sumber: FB Calvin Sheikh

Semoga pelaku dikenakan hukuman yang setimpal. Dan buat anda yang masih melakukan kegiatan lumba haram ini, bawa-bawalah bertaubat, ya.

Lagi berita semasa anda boleh baca di bawah: