
Luno, platform jual beli kriptowang terkenal Malaysia, kini ada cara baharu untuk anda pindah masuk wang ke dalam e-dompetnya. Selain perpaindahan menggunakan FPX ataupun perpindahan menggunakan perbankan dalam talian, mereka turut menerima perpindahan menggunakan TNG eWallet.

TNG eWallet adalah antara dompet digital paling ramai pengguna di Malaysia dengan lebih 21 juta dan nak pindahkan duit ke Luno sangat mudah. Berikut adalah langkahnya:
- Di aplikasi Luno, pergi ke Wallet dan cari butang Deposit.
- Kemudian anda akan nampak logo TNG eWallet sebagai kaedah deposit
- Taipkan amaun yang ingin anda depositkan dan tekan "Next"
- Anda akan dibawa ke laman log masuk TNG eWallet, log masuk di sana
- Pastikan maklumat sebelum teruskan

Sila ambil maklum tentang had deposit yang ditetapkan pada RM20,000 dan sebrang deposit kurang daripada RM100 akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM1.00 manakala deposit lebih daripada itu dikecualikan caj tambahan.
Sumber: Luno
