Luno Menyambut Ulang-Tahun Ke-10 – Kini Mempunyai Lebih 840,000 Pengguna Di Malaysia

TechnologyDigital
28 Jul 2023 • 7:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Luno merupakan salah satu platform bursa dagangan aset digital yang dibenarkan beroperasi di Malaysia. Pada bulan Julai 2023 ini, Luno menyambut ulang-tahun ke-10 secara rasminya, dan kini mempunyai lebih 12 juta pelanggan pada peringkat global.

Di Malaysia, Luno telah beroperasi secara rasmi sejak 2019 yang lepas. Untuk pelanggan tempatan sahaja, Luno mempunyai 840,000 pengguna berdaftar, dan telah memproses lebih 73 juta transaksi melibatkan Bitcoin sahaja setakat ini.

image is not available

Selain Bitcoin, Luno menawarkan sejumlah kriptowang berbeza pada platform mereka, termasuk Solana, Cardano dan terbaru adalah Avalanche.

Bergerak ke hadapan, Luno dilihat akan terus melakukan pelaburan pada arena teknologi rantaian-blok ini, disamping kecerdasan buatan yang menjadi perbualan hangat hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved