Luno Merancang Untuk Menambah Lima Kriptowang Baharu Untuk Pengguna Malaysia

TechnologyDigital
15 Apr 2024 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


Luno merupakan salah satu dompet dan juga bursa kriptowang yang dibenarkan beroperasi di Malaysia. Luno kini menjadi bursa kriptowang yang popular di Malaysia, dan mempunyai sekitar 840,000 pengguna pada platform berkenaan.

image is not available

Melalui Luno, pengguna boleh melakukan pembelian dengan mudah menggunakan bank tempatan FPX, ataupun membayar menggunakan dompet TNG eWallet. Selain jual-beli kriptowang, Luno juga turut telah menambah ciri “Staking” baru-baru ini, tetapi masih belum menerima pengesahan mesra syariah untuk ciri berkenaan buat masa ini.

Tidak berhenti setakat itu, kini Luno berkongsi melalui sebuah temuramah, menyatakan mereka menyasarkan untuk melancarkan sehingga lima kriptowang baharu pada platform mereka tidak lama lagi. Seperti biasa, penambahan kriptowang ini akan tertakluk kepada pengesahan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – dan tidak dikongsikan lagi apakah kriptowang baharu berkenaan, dan bilakah akan diperkenalkan.