Lupa ambil burger dipesan, remaja lelaki didakwa dipukul pasangan peniaga?

19 Mar 2024 • 3:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular di laman Facebook apabila ada dakwaan remaja lelaki dipercayai dipukul susulan lupa ambil burger dipesan sehingga mengalami beberapa kecederaan.

Menerusi perkongsian Nur Mariana, dia bertanyakan kepada orang awam di sekitar lokasi kejadian sama ada mengenali atau tidak individu yang menganiya remaja terbabit kerana mahu mengambil tindakan undang-undang susulan apa yang telah berlaku.

Sebab burger benjo je?

Ujarnya, remaja terbabitdikatakan dipukul berpunca daripada terlupa membayar dan mengambil burger benjo yang dipesan di sebuah gerai burger sehingga diserang oleh peniaga yang merupakan pasangan suami isteri.

image is not available

Lupa ambil burger dipesan, kena hempuk beramai2?

Difahamkan, selain pasangan peniaga tersebut, ada beberapa lagi individu yang dipercayai turut sama memukul remaja itu.

“Myvi biru, Alza putih, motor tiga empat biji. Ramai eh bawa geng, laki bini sama naik pukul budak.

“Korang ramai lawan sorang kot. Niaga burger je pun berlagak,” tulis pengguna Facebook itu.

image is not available

Nak datang gerai sebab lupa ambil burger dipesan, ehh kena pukul pula

Difahamkan, remaja terbabit ada bertanya sama ada gerai burger itu masih buka ataupun tidak kerana ingin mengambil dan membayar pesanannya namun terus dipukul tanpa sebarang pertanyaan.

image is not available

Belum ada sebarang penjelasan lagi

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi tentang kejadian tersebut sama ada laporan polis sudah dibuat ataupun belum.

Walau bagaimanapun, pihak gerai burger itu telah memuat naik satu hantaran di media sosial memberitahu yang gerai mereka ditutup sehingga dimaklumkan dan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas selesai berurusan dengan pihak berkuasa.

image is not available

Sumber: Facebook Nur Mariana