“Lupa Pakai Inner Ke Faz?” – Pakai Baju Blouse Jarang, Gambar Koleksi Tudung Baru Fazura Raih Perhatian

Women's Fashion
27 Nov 2023 • 10:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, selebriti jelita serta usahawan, Nur Fazura memuat naik foto koleksi baru tudung jenamanya yang berkolaborasi bersama stesen TV3 di Instagram.

Biarpun sekadar mahu berkongsikan berita gembira mengenai keluaran tudung koleksi terbaru, netizen yang melihat foto tersebut perasan satu hal kurang menyenangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Dapat dilihat dari beberapa foto yang dimuat naik, ada satu foto yang memaparkan Fazura memakai baju blouse putih jarang telah menarik perhatian ramai.

Ia susulan selebriti tersebut seakan-akan hanya memakai singlet di dalam.

image is not available

Bagaimanapun, jika dilihat dengan teliti, Fazura ada memakai inner panjang di bahagian dalam tetapi difahamkan ia adalah inner warna kulit.

Ada juga netizen menasihati pelakon terbabit untuk memakai inner panjang yang tidak akan menimbulkan fitnah.

image is not available 3 weeks ago

Didakwa Pergi Kelab Malam Di Indonesia Tak Bertudung, Ini Respon Fazura - "Saya Tak Pernah Cakap Saya Terpaling Solehah"