Luruan Angin Timuran Dijangka Bermula 24 November, Dua Negeri Berpotensi Hujan Sederhana Hingga Lebat

LocalEnvironment
21 Nov 2026 • 2:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Luruan Angin Timuran Dijangka Bermula 24 November, Dua Negeri Berpotensi Hujan Sederhana Hingga Lebat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan signifikan yang menyaksikan luruan angin timuran dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula 24 hingga 26 November.

Menurutnya, ramalan itu berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan sederhana hingga lebat di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh tersebut.

"Pada masa yang sama, penumpuan angin yang merentasi rantau negara dijangka berlaku pada 25 sehingga 27 November 2026 yang melibatkan kebanyakan negeri di Semenanjung serta Sabah.

"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan dan ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh yang lebih lama," katanya.

Baca juga:

Susulan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved