Luruan monsun dijangka berlaku sehingga Selasa

24 Nov 2023 • 7:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan MetMalaysia pada Jumaat.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun yang dijangka berlaku sehingga Selasa ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, satu sistem cuaca tekanan rendah sedang terbentuk di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke barat.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengemas kini amaran hujan berterusan tahap buruk yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkuat kuasa sehingga Ahad ini.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga Selasa.

“Di negeri-negeri lain, ribut petir, hujan lebat serta angin kencang masih berpotensi untuk berlaku dalam tempoh berkenaan,” katanya pada Jumaat.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman rasmi MetMalaysia, di semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved