Luruan monsun dijangka landa Malaysia mulai esok

16 Dec 2022 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara ini mulai Sabtu.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara ini mulai Sabtu yang berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri timur Semenanjung dan timur Sabah sehingga Selasa minggu hadapan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa daripada Sabtu sehingga Selasa hadapan.

"Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan juga telah dikemas kini berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2022," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my.

"Dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved