Luruan Monsun Dijangka Melanda Sarawak Mulai 8 Hingga 14 Disember

5 Dec 2024 • 12:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan lebat berkemungkinan di Sarawak

Luruan Monsun Dijangka Melanda Sarawak Mulai 8 Hingga 14 Disember. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember 2024, dengan potensi hujan berterusan di kawasan barat dan selatan Sarawak.

MetMalaysia akan mengeluarkan amaran hujan lebat secara berperingkat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum cuaca buruk berlaku.

image is not available
Luruan Monsun Dijangka Melanda Sarawak Mulai 8 Hingga 14 Disember. Gambar sekadar hiasan.

MetMalaysia menasihatkan orang awam untuk:

  1. Memantau perkembangan terkini melalui saluran rasmi, termasuk laman sesawang MetMalaysia dan platform media sosial mereka.
  2. Memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca yang sahih dan terkini.
  3. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, khususnya bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan mudah dinaiki air.

Penduduk di Sarawak digalakkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga sepanjang tempoh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my atau ikuti mereka di media sosial.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai banjir yang melanda di Sarawak: